Saturday 22 September 2012

Ramah Tamah Aidilfitri Kolej I-Systems Kuching


SELAMAT HARI RAYA
kepada rakan-rakan & serta semua yg menyambut Hari Raya. Walaupun raya telah berlalu, ( baru jak beberapa hari) tetapi masih sempat untuk saya ucapkan kan.. kan.. kan.

Pada tarikh 15hb September 2012, bersamaan dengan 28 Syawal 1433H, Kolej I-Systems telah mengadakan sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2012. Macam-macam aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar dengan kerjasama staf-staf. Semuanya telah berjalan dengan lancar, seperti yg dirancang.. (cuma masa itu kadang2 x tepat la, maklum la.. Waktu Malaysia.. Haha..)

Program bermula pada pukul 930am dan berakhir dalam pukul 1200pm. Acara pembukaan diserikan dengan tarian alu-aluan oleh ahli kelab kebudayaan Kolej I-Systems. Diikuti ucapan dan perasmian majlis oleh Pengetua Kolej dan juga Head of Department Medical Assistant.

Bermacam-macam acara telah dirancang untuk menghiburkan semua tetamu yang hadir. Antaranya adalah cabutan bertuah, sukaneka di antara pelajar dan pakaian paling bergaya pada majlis tersebut.

Saya pun x nak bercerita panjang2, apa kata kita layan saja gambar yang sempat diambil oleh jurugambar semasa majlis berlansung. Hehe..

Jangan risau, setiap gambar akan dijelaskan dengan terperinci.. Hehe.. Jom.. Layannnnn………


Antara tetamu kehormat yang hadir utk majlis ramah tamah Aidilfitri. He He ...


Ucapan & perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2012 oleh tuan Pengetua.


Kerana terlalu lama berucap, perut terasa lapar.. ini la akibat nya.. Merehatkan mata sekejap. Bukan tidur, kalau tidur waktu malam saja okey..!! He He..


Acara yang paling ditunggu-tunggu oleh saya.. Makan.. Yes.. Entah berapa round dah.. tp gambar di atas ni 1st round. He He..


Makan sambil menonton persembahan dari kelab tarian kolej. Jangan malu2 Madam. Makan apa saja yang dihidangkan. Janji perut kenyang.. Terima kasih kepada AJK Makanan. Makanan semuanya sedap2 belaka.. Rasa nak "tapau" jak. 


Yang ini permainan pertama, iaitu buka ketupat. Siapa paling cepat buka, dia la yang menang. Pemenang hanyalah seorang saja la.. So, berusahalah supaya menang. Gambateh...


Permainan ke-2 adalah MAKAN BERSUAP. Yang ini, siapa yang besar mulut & kaki makan. Memang juara la.. Permainan ini paling best sebab gelagat member yg d belakang suapkan member di depan, yang belakang mata kena tutup. Suap jak sampai salah masuk, bukan masuk dalam mulut, tp masuk dalam hidup.. Ha ha ha...


Permainan seterusnya adalah "Lagu Raya Maut". Yang ini staff pun ada join sekali. Memang kelakar gila la.. Habis lagu raya dirosakkan oleh peserta. Haha.. 


Ini pula acara kemuncak, best dress Ramah Tamah Aidilfitri 2012. Memang secocok kan.. Bagai pinang dibelah 2. 


Persembahan dari kelab kebudayaan kolej.


Ucapan dari Ketua Program Pembantu Perubatan. 

Disini saja coretan saya utk kali ini.. 

Kalau ada sumur di ladang, 
Boleh lah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh lah kita bertemu lagi.

HAHA.. Minta maaf zahir & batin kalau ada yang salah sepanjang coretan saya ini. 
Apa2 pun.. Selamat beramal. Nanti kita bersua lagi. Chow.. ^^




No comments:

Post a Comment