Monday 30 January 2012

Bintulu ke Batu Niah balik semula ke Miri

HELLO..
Nampaknya hari ini semua orang dah start kerja setelah seminggu cuti Tahun Baru Cina.. Selamat kembali bertugas dan kepada pelajar selamat kembali ke sekolah.. He He...

Seperti yg telah dijanjikan hari ini saya akan ceritakan hari ke-3 tahun baru cina saya. Awal2 pagi lagi kami semua bangun, x tahu kenapa.. Rasa semangat tiba2 datang dalam diri saya, tetapi bukan saya.. tapi semua ahli keluarga saya.. Hehe.. Dipendekkan cerita kami secara x langsung hendak pergi BINTULU. Apa lagi semua dah setuju kami bertolak dari Miri kira-kira pukul 10 pagi. Perjalanan ke Bintulu mengambil masa selama 2jam. Kami slow2 saja x payah nak rush. Kami tiba di Bintulu pada pukul 12 tengah hari dengan selamat & perut yg lapar.. Ha Ha.. Jadi kami mengambil keputusan utk berhenti makan di FARLEY FOOD COURT. Selepas makan, kami just window shopping di Farley saja la.. Alang2 dah di Farley.. Saya sempat beli Gundam yg 004 punya.. He He.. Adik lelaki just beli "Google" untuk swimming nanti. Bapa saya pula beli "Wine Set".+   Mak & adik2 yg lain x beli apa2..

Nasib kami sangat la bertuah, kebetulan time itu juga ada taian singa di Farley. Kami sekeluarga sempat la menyaksikan persembahan tarian singa yg lompat2 guna kerusi then makan buah limau. Kalau saya sempat nanti, saya upload video klu x dapat, tgk pic saja la.. Ha Ha.. Selesai saja tgk tarian singa, kami pun ronda2 di sekitar bandar Bintulu. Kami pergi Tanjung Batu then singgah sebentar di Taman Tumbina. Di Tumbina, kami x masuk sebab dah lewat.. Kami bertolak balik ke Miri semula kira2 pukul 3 petang, then nak singgah di Batu Niah sekejap.. Tengok2 ada buah durian or apa2 buah lah... Setibanya di Batu+Niah, kami terus shopping di Supermarket Ngu.. Memang lawak, ada supermarket di Miri, jauh2 pergi Batu Niah shopping.. Ha Ha.. Di Batu Niah, kami just singgah sekejap utk membeli lauk dibawa balik ke Miri.. Kira2 pukul 6 petang, kami selamat tiba di Miri dengan perasaan gembira letih seronok. Kalau nak lebih, jom layan gambar kami sekeluarga di Bintulu & Batu Niah.



Licin..

Licin juga..


Kepenatan..

Pilih, jgn x pilih..

Mana cashier ni?


Nak buat hajat ke?







Inilah pengembaraan kami sekeluarga ke Bintulu & Batu Niah sebelum balik semula ke Miri. Inilah saat dimana kami utk mengeratkan hubungan kekeluargaan.. He He.. Selepas ini semua busy dgn kerja masing2. Lepas ini x tahu ke mana destinasinya pula. Jangan risau saya akan bgtahu ke mana saya akan terbang nanti. Just Wait & See. Keep follow my blog ya.. Terima Kasih.. :)

Thursday 26 January 2012

Gong Xi Fa Chai



SELAMAT TAHUN BARU CINA
GONG XI FA CHAI

Selamat Tahun Baru Cina saya ucapakan kepada rakan2 saya yg beragama Buddha. Tahun ini tahun NAGA.. Tahun yg bawa tuah bagi orang cina. Harap tuah itu pun ada kena saya utk tahun ini. He He.. Pengalaman menyambut Tahun Baru Cina tahun ini ada serupa dgn tahun2 sebelumnya, cuma tahun ini ada istimewa sedikit kerana, tahun ini saya pun siapkan mercun papan utk digantung di depan rumah, SERONOKnya... 
Pada malam ahad iaitu 22hb January 2012, saya bersama2 adik2 yg lain muka bermain mercun, tp setakat bunga api saja.. Saya x beli mercun yg mahal2 & berbahaya.. Cukup utk menghiburkan hati, tp kena berjati-hati.. Ha Ha.. Sambil tunggu detik 12 malam, saya sempat layan cerita "Petaling Street Warrior" Layan juga cerita ini, maklumlah dekat2 tahun baru cina, kena la layan cerita cina, baru ada "Feel" sikit. 
Hari pertama Tahun Baru Cina, saya hanya sempat "ngabang" dua buah rumah saja, tp mengambil masa selama sehari suntuk dihabiskan utk berziarah. Haha.. Seawal jam 10am lg saya dan 2 rakan mengunjungi rumah rakan yg berbangsa cina. Saya pulang rumah agak lewat sikit dalam pukul 9pm. Cuba bayangkan hanya 2 buah rumah, tp blm mengambil masa selama sehari suntuk dihabiskan.. Memang dahsyat gila la.. Perut pun kenyang, kenyang dgn air.. Haha...
Pada hari ke-2 pula, saya pergi rumah saudara saya yg berbangsa Cina di area perumahan Senadin, di sana memang saya habiskan dgn makan,makan & makan.. Semua ada.. He He.. Saya hanya habiskan masa tengah  hari saya di sana saja la.. Haha.. Sebelah petang pula, sempat pergi Kuala Baram, jalan2 dulu sebelum singgah di Emart, (X beli apa2, saja nak pergi tandas, x tahan dah) Haha..
Apa2 pun.. Layan dulu gamabr yg sempat saya capture sempena Tahun Baru Cina 2012 ini.. Layan....


Seronoknya mereka bermain bunga api..



Nak tembak burung.. Tp terlepas.. Haha


Yg ini mercun saya, utk pertama kali nya.. Best!!!

Jiran saya punya, panjangkan.. Kuat bunyi..

The end, Ke-Ba-Boom...



Nak try tembak juga adik saya ini..




Sedang berehat selepas makan.. 


Cuba teka, kereta apa ini?

Yg belakang itu adalah saya. Nakalkan??..





Inilah mercun saya.. Hehe
Cantiknya.. He He

So, dah puas layan gambar.. He He.. Utk hari ke-3 Tahun Baru Cina, saya akan ceritakan kemudian keran saya ada urusan nak dilakukan sekarang.. Apa2 pun kena la sabar menunggu.. He He.. Terakhir sekali, Siapa2 yg balik ke bandar dari kampung hari ini,esok & lusa.. Sila berhati2 di jalan raya, ingatlah org yg tersayang. Cuti dah nak habis, musim keja dah nak start.. Jadi, kerja lah bagus2.. Tunggu hari ke-3 Tahun Baru Cina.. Gong Xi Fa Chai.. Angpau pun saya dapat tahun ini, walaupun dah berumur.. Ha Ha.. Jumpa Lagi.. ;x

Sunday 8 January 2012

Mandi, Mestilah Basah

Hey... Hey... Hey...
Kalau mandi mesti lah basah.. Apa maksudnya...??? Tanda soal keluar dari kepala.. Ha Ha..
Sebelum bermulanya musim persekolahan tahun 2012, musim kerja pun bermula.. Kami sekawan serta adik beradik sempat memanjakan diri (memenatkan adalah) dengan mandi di kolam renang. Syok, Best, Tak Terkata!!!... Maklumlah, lepas ini jarang dapat lepak sama dgn member, semua busy dgn kerja nanti.. Ada pun minum kopi di waktu malam jak. Kali ini kami x mandi di kolam renang awam, tapi di kolam renang Eastwood Valley Golf & Country Club... WAHX3!!!! Mewah betul nama tempat.. tp bayarannya berpatutan dgn kami yg baru berkerja ini. He He.. Kami start dari pukul 5pm sampai la kolam renang hendak tutup dalam pukul 7pm. Selain kolam renang, terdapat juga Bilik Sauna & Bilik Steam bath. Kalau sauna memang best la, tp steam bath, x tahan saya.. x sampai 5min, dah keluar.. PANAS sgt.. Ha Ha... Kalau nak tahu keadaan di sana.. Jom layan gambar yg sempat girlfriend saya Tabby ambil. JOM!!!...



Isun: Pok, cuba try macam saya. Dapat x???
Kvin: Boleh kah???

Muka kepenatan.. He he

Jom balik.. Esok-esok datang lagi

Cerianya kanak2 ini bermain air.. Ha ha
So, ini saja picture yg sempat diambil oleh girlfriend saya. Dia pun nak mandi juga, kasian dia x ada dalam pic ini. X apa, nanti kalau ada aktiviti lain, saya pun jd cameraman.. He he.. Samapi disini saja coretan saya.. Bertemu lagi nanti.. 
...CHOW....