Saturday 31 December 2011

~2011, Menyambut Christmas di Long Miri Pedalaman Sarawak~

Ho Ho Ho ...
Apa khabar semua??? Diharapkan sihat-sihat belaka... Ini adalah post terakhir utk tahun 2011 sebab esok mulakan tahun baru sudah, 2012.. Berbalik kepada cerita saya yg lepas, saya ingin menceritakan bahagian ke-2 pengembaraan saya ke Long Miri. Ini juga pertama kali saya menyambut di tempat orang. Adat mereka dengan adat saya x la jauh beza, ada juga persamaannya. Cuma bahasa mereka saja yg membezakan saya dgn mereka.. Pada  25hb December 2011, awal pagi Tabby telah membawa saya pergi ke Gereja St John di Long Miri. Macam biasa, setiap kali Christmas, awal pagi mesti pergi ke gereja. Ia ada kewajipan bagi penganut Kristian di seluruh dunia. Selepas selesai bersembahyang, saya terus pergi ngabang (kunjung-mengunjung) ke rumah kawan2 baru saya di Long Miri. Sangat menyeronokan melihat gelagat budak2 yg berpakaian cantik & handsome.. Begitu la saya masih kecil dulu.. He He  Acara pada sebelah petang adalah makan bersama2 di rumah panjang.. Semua keluarga akan membawa hasil/masakan mereka utk disajikan kepada semua saudara-mara. Banyak lauk yg dihidangkan, antaranya adalah Kari ayam, sup ayam, ikan kukus.. Paling sedap adalah BABI HUTAN & NASI YG DIBALUT DAUN. Sedap...!!!!.....
Sebelah malamnya pula, orang-orang kampung mengadakan persembahan tarian & nyanyian. Tidak dilupakan, paling best & dinanti-nantikan oleh semua orang kampung, termasuk saya ialah Cabutan Bertuah kerana menawakan hadiah yg lumayan.. No1 dapat Sen-saw (digunakan utk menebang pokok besar). No 2 pula dapat Mesin racun rumput automatik & yg No 3 pula Mesin racun rumput manual. hehe.. Lumayan kan.. Siapa x mahu.. hahaha...Tp masa itu bukan saya yg bertuah, 1 hadiah pun saya x dapat.. huhu... Sedihnya.. Hu Hu... Pesta bermula lewat kerana hujan lebat dan dimulakan pada pukul 10 malam sehingga pukul 4 pagi, tp saya sampai pukul 3pagi saja la.. x larat dah.. mengantuk.. Ha Ha.. Maka habiskan sambutan Christmas, kebiasaan pesta sebegini hanya akan dilakukan dalam 1 hari suntuk sahaja disebabkan masyarakat kampung akan mula bekerja pada keesokkan harinya.. Apa2 pun, jom layan gambar yg sempat saya ka-chit di sana.. 
LAYANNNNNN...........!!!



Sangat la unik...


Bz beli tiket cabutan bertuah.. He He


Kasiannya muka Sayang panas..
Yang belakang itu adalah rumah panjang..





Makan pun guna daun.. Seronok & Unik


Semua org join tarian keretapi.. Best...

Antara hadiah cabutan bertuah.. Lumayan!!!








Yg ini memang melucukan.. Rugi x merasa sendiri.. Hahaha...
 So.. Bagaimana??? Rasa2 nya nak ke Long Miri x? Saya pasti akan kembali ke sana lg.. Tp x tahu bila la? So, tunggu... He He.. Next article pasal apa ya.. Sedang mengarang.. Jd kenalah tunggu... Follow jak blog saya ye... Rugi x follow.. Banyak lg saya nak ceritakan ini... 
Sampai disini sahaja saya ceritakan tentang pengembaraan yg menakjubkan di Long Miri. Nak tahu dimana destinasi saya akan datang... Kenalah plan.. Musim cuti dah habis, sekarang musim keja pula.. gumpul $$$ dulu.. Dah banyak.. Deideian, Raphael & Tabitha.. Plan2 k.. nanti saya buat rancangan.. Peace everyone... 

SELAMAT TAHUN BARU
HAPPY NEW YEAR 
~2012 ~

Wednesday 28 December 2011

~Long Miri, Aku Merantau Jauh Ke Pedalaman Sarawak~

Selamat Bersua Kembali!!!...
Setelah pulang dari Sabah, hanya beberapa hari aku rehat di rumah sebelum aku menuju ke destinasi terbaru dalam tahun ini. Aku merantau ke tempat orang iaitu Long Miri yg terletak di Baram. Mula2 dulu sebelum aku ke sana, banyak perkara bermain di minda aku... Antaranya adalah:-
1. Bagaimanakah aku di tempat orang? Dapatkah aku menyesuaikan diri di tempat baru?
2. Adakah aku akan disambut dengan besar-besaran? Wahhh...!!!!
3. Kalau x ada line telefon, x ada electrik di waktu siang, malam ada lah klu generator ada minyak.. Dapatkah aku bertahan tanpa semua itu?
4. Bagaimana pula makanan? -Saya biasa makan makanan di pasar, kalau di ulu/perdalaman lain sikit makanan mereka?
5. Cara hidup mereka disana, dapatkah saya membiasakan diri saya?
6. Yang palaing penting, bahasa mereka? Kebanyakan kaum yg tinggal di Long Miri adalah kaum Kayan. Mungkin agak susah hendak berkomunikasi.

Tanggal 15hb December 2011, saya & Tabby bertolak dari miri menggunakan pacutan 4 roda [4wd drive]. Pejalanan ke Long Miri mengambil masa selama 6 jam, kalau jalan okey la.. Kalau x okey, lebih dari 6 jam la.. Ha Ha... Saya selamat tiba di Long Miri pada pukul 4.30pm. Terus disambut oleh penduduk di sana. Yang sambut saya budak2 kampung la.. Ha ha... Memang peramahlah mereka.. Malam pertama di Long Miri, saya tidur awal sebab esok kena bangun awal. Ikut sukan rakyat, saya pun ikut sekali la, main bola sepak.. Ha ha.. Stamina x cukup, tambah pula lama dah x main.. Mesti pancit & kalah kena budak2 kampung ini nanti. Nanti saudara & saudari layan picture yg saya ambil. Haha.. Saya juga menyambut Hari Christmas di Long Miri. Sebelum saya ceritakan sambutan Hari Christmas di sana.. Layan dulu picture yg sempat saya ambil.. LAYAN...!!!

Belakang itulah Sungai Baram






Klinik Kesihatan Long Miri, Baram


Jalan kampung...

Tempat utk online.. Nasib dapat.. Haha


Kaunter pendaftaran, kerja part-time saya di sana






Tabby & Abu (Kucing)




Inilah team saya [X-Team aka Team Klinik]




Pulang dari ceramah peraturan.. Haha..


Team perempuan main basketball.. Layan...

Semangat nak main..


Saya itu.. Num 26 jersey saya.. Hehe


Pancit.. Hahahaha....
PUAS????....
X puaskan... Nanti ada bahagian ke-2. Bahagian ke-2 saya akan cerita pasal kemeriahan sambutan Christmas di Long Miri. Memang luar biasa la. Adat yg penuh keunikan.. X sabar nak tahu ceritanya... Kenalah tunggu bahagian ke-2 nanti... Terbaek....