Friday, 23 December 2011

~Percutian Yang Indah Di Sabah [Day 3]~

HELLO, HELLO, HELLO...
KOPI KE MILO??? 
Bersua kembali kita, kali ini merupakan catatan hari ke-3 kami di Negeri Di Bawah Bayu (Sabah). Pagi2 lg kami sudah semangat nak ke Pulau Manukan. Raff, Rey, Gell, Isun termasuk saya sendiri bangun awal pagi tersebut.. Maklumlah, pergi pulau.. Dalam otak pikir snorkeling, naik boat laju, lepak bawah matahari & BANANA BOAT. Disini saya ada cerita yg menarik mengenai Banana Boat, walaupun saya x join kerana temankan Tabby (sebenarnya takut.. Haha)
Sebelum kami bertolak ke Jesselton Point, kami breakfast dengan Dimsum, kecuali Raff & Rey saja yg makan mee. Yg lain x makan sebab alasan takut mabuk laut naik boat nanti. Haha.. Setelah sampai di Jesselton Point, kami pun binggung nak pilih kaunter mana ni.. Macam di terminal bas mereka nak tarik perhatian kami.. Akhirnya, saya putuskan utk Raff & Rey saja yg pilih kaunter. Disebabkan kami ada 8 orang, kami memilih kaunter no 8. Haha.. Harga asal adalah RM23 utk seorang pergi dan balik, utk 1 pulau saja la. Setelah aksi tawar menawar berlaku, harganya jatuh ke RM15 utk seorang.. Jadi kami dapat jimatkan duit.. Thanks kpd Raff kerana tawar menawar dgn mereka. 
Kalau x buat aktiviti di pulau, mesti boring kan.. So, kami mengambil keputusan utk bermain BANANA BOAT. Harga utk seorang x ingat la.. [Raff, berapa seorang utk banana boat nyak???] 
Setelah semua bersedia dengan jaket keselamatan & google utk snorkeling, jadi kami bertolak ke Pulau Manukan. Setibanya di pulau, perkara pertama yg kami buat adalah bergambar, ia adalah 1 kewajipan utk bergambar.. utk kenangan... Haha...
Setibanya kami di kaunter, seorang kena bayar RM3, yuran masuk... Kami pun berjumpa dgn orang yg menguruskan Banana Boat kami, beliau menyuruh kami menyalin pakaian dan berjumpa semula pada pukul 12pm di jeti. Setelah siap semua bersiap, kami menuju ke jeti.. Tp, belum sampai di jeti.. Tabby rasa x sedap hati pula... Rasa takut telah melanda dirinya.. Kami berdua telah mengambil keputusan utk tidak join rakan yg lain dalam Banana Boat kerana takut jatuh dalam laut.. Haha.. Rakan yg lain pun bertolak. Isun, Gell, Memey, Eudi, Raff & Rey bersama 2 org couple utk bermain Banana Boat. 
Tinggallah saya & Tabby saja di pantai, kami berdua mengambil kesempatan utk mandi laut sambil menyelam.. Best... walaupun matahari berada di atas kepala.. Panas gila la time itu.. Sambil mandi, kami berdua tunggu member yg lain balik dari bermain Banana Boat, sudah sejam mereka bermain.. Dalam hati saya berkata, Amat lama cdak tok main neh.. Nyau sejam dah.. x meh pli.. Nyau mansau aku mandi laut tok.. Rugi ga x ngau td...
Selang beberapa mimit, kelihatan Rey, Memey & Eudi dari jeti.. Tp, mana Raff, Isun & Gell.. x kan masih tinggal main.. Apu, lama mai ga main... Saya & Tabby pun buat x tahu saja la.. Sekali toleh ke sebelah kiri arah laut.. kelihatan orang tgh terapung-apung bersama 2 org lg.. Maklumlah saya x pakai cermin mata, rabun la, x nampak sapa urg itu.. Sekali dah dekat, rupanya Raff, Isun & Gell tgh berenang ke tepian.. Mereka jatuh dari Banana Boat, Raff x dapat naik ke atas boat.. Terpaksa Raff berenang dari tgh laut bertemankan jaket keselamatan dan Isun & Gell.. 
Antara cerita yg diceritakan oleh mereka semasa telah tiba di tepi pantai:-
Rey:- Raff, u can do it.. Sambil muntah akibat mabuk laut.. Hahaha...!!! Baeklah... "THINK POSITIVE"
Memey:- Ang irau Raff, bc 2 iko misi ditu. Haha... Lawak mai...
Isun:- Ang nutup mata Raff, dalam hati takut.. Takut ada ikan jerung.. Hahaha...
Pada masa yg sama, mata Memey lebam akibat Banana Boat juga.. Kasian kami tgk.. Apa la jadi.. kerana Banana Boat, banyak kenangan tercipta.. kalau dengar dari mulut mereka sendiri.. mesti akan ketawa terbahak2.. Haha...
WAHHH....!!!!!!!!!!!!!!
Panjangnya.. Saya pendekkan saja k.. Selepas pulang dari pulau, kami berehat sekejap sebelum ke 1 Borneo (The largest shopping mall). Ini kali ke-2 saya ke sana, pun x habis pusing lagi.. Huhu.. Apa2 pun.. Enjoylah picture yg saya ambik utk hari ke-3... 
Dimsum.. X Halal

Jesselton Point

Ringx3



Orang salah tempat snorkeling... Snorkeling di darat.. Susahx2

Memey:- Emm.. Nyamai nyak..
Kvin:- Empa jak.. 

Pelancong 

Utamakan Keselamatan

Cuba teka apa yg pelik?


Add caption
Add caption

Add caption
Add caption
Emm... Aku pun nak buka kedai mesin jahit baju la mcm ni...
Add caption
Add caption
Add caption
Tiket-tiket masuk
Add caption
Add caption
Muka kepenatan menunggu transport..
Pok, Buat apa itu.. Melepaskan BOOM....
Kvin:- Sedap tok...
Eudi:- Aku ambik gambar lok Kvin
Isun:- Eee.. Nama nyak baka taik.
Muka keletihan nak balik hotel
Sedapnya Rey tdo... X nak pulang ke???
Add caption
Add caption
Kvin Hood

Akhirnya, tamatlah kisah kami di Sabah. Kepenatan yg x terhingga, kenangan yg x dpt dilupakan.. Berakhir di sini.. Selamat membaca rakan.. Sehingga kita bertemu baru, di lain destinasi pula.. Perancangan akan dibuat.. So.. Tunggu...

THE END...

2 comments:

  1. Haha... Maka habis dah cerita pasal ba Sabah.. Travelling ba ulu, tahun baru aku cerita ya.. Anti jak....

    ReplyDelete